YUSUF ABD WAHAB

Yusuf Abd Wahab adalah merupakan Ahli Parlimen bagi Tanjong Manis, Sarawak. Beliau juga merupakan pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. 

Pada 9 Mei 2018, Ir. Yusuf Abd Wahab yang bertanding untuk tiket Barisan Nasional (BN) pada ketika itu, menang dengan majoriti 8,674 undi dengan jumlah kertas undian keseluruhan 11,402.

Beliau pada ketika itu menentang calon dari Parti Keadlilan Rakyat (PKR) Fadillah Sabali yang mendapat 2,728 kertas undian.

Yusuf Abd Wahab sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Tanjong Manis meraih 16,474 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 13,908.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Tanjong Manis (2022)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P206 Tanjong Manis

Kerusi Bertanding DUN: Tiada