KERK CHEE YEE

Kerk Chee Yee  lulusan ijazah akauntan dan kewangan dari University of Melbourne, Australia, berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dengan 14,279 undi menewaskan Datuk Chua Kheng Hwa dari Barisan Nasional yang memperoleh 5,018 undi dan Sepri Rahman dari Pas, mendapat 2,567 undi.

Pertembungan tiga penjuru itu memperoleh majoriti undi sebanyak 9,261.

Beliau anak jati Melaka itu merupakan anak kepada bekas kepimpinan DAP, mendiang Kerk Kim Hock.

Sejak kecil lagi, Chee Yee sentiasa menghadiri aktiviti politik bersama bapanya dan sentiasa berbincang isu semasa.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Kewangan Korporat, Pasaran Ekuiti, Hong Leong Investment Bank (2014-2017)
  • Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (2017-kini)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh (2018 hingga kini)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (Akaun dan Kewangan) dari University of Melbourne, Australia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P137 Hang Tuah Jaya N16 Ayer Keroh
  • PRN DUN Melaka- P137 Hang Tuah Jaya N16 Ayer Keroh