AHMAD HASSAN

Maklumat Diri
Asal
Papar, Sabah
Tarikh lahir
31/12/1960

Ahmad Bin Hassan adalah ahli politik merupakan Anggota Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah, Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Bahagian Papar, Ahli Parlimen Papar dan Ahli AIPA (Majlis Antara Parlimen Asean), dan Ahli PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam).

Pada pilihan raya 2018, partinya dari Parti Warisan Sabah bertanding di kerusi Parlimen Papar, berhadapan Rosnah Abdul Rashid Shirlin dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang mempertahankan kerusi tersebut.

Namun tuah menyebelahinya apabila menang.

Dalam Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Ahmad menang dengan mendapat 17,394 undian ketika menentang Rosnah yang mendapat 17,069 undi. Majoriti undi sebanyak 325.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah
  • Ahli Parlimen Papar dan Ahli Majlis Antara Parlimen Asean (AIPA )
  • Ahli PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam)

Jawatan dalam parti:

  • Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Bahagian Papar
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Warisan
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P175 Papar
  • PRU15- P175 Papar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada