Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah calon Pakatan Harapan (PH) bertanding di kerusi Parlimen P75 Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.
Datuk Seri Shamsul Iskandar, penyandang kerusi Parlimen Bukit Katil yang kini dikenali Parlimen Hang Tuah Jaya berjaya menumbangkan sekali lagi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan bekas penyandang kerusi DUN Bukit Baru yang kini DUN Bukit Katil daripada Pas, Dr Md Khalid Kassim dalam percaturan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau juga berjaya meningkatkan jumlah majoriti sebanyak 8,640 berbanding PRU13 berjumlah 5,733 undian.
Anak tempatan Melaka ini daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 39,067 undian ketika menentang Mohd Ali daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 30,427 undi.
Shamsul pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Industri Utama di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 hingga 2020.
Beliau pernah menjadi Peguam Cara & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya juga sebagai Peguam Syariah yang berkelayakan.