QUEK TAI SEONG

Maklumat Diri
Asal
Kelantan
Tarikh lahir
14/11/1979
Pasangan
Tracy Liang Chai Wan
Anak
3

Pada tahun 2022, YBhg. Dato' Quek Tai Seong, Setiausaha Politik Kepada Menteri, (MOT) telah dikurniakan Darjah Kebesaran Pingat DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (D.I.M.P) yg membawa gelaran DATO’ sempena ulang tahun hari keputraan yang ke-63 Ke Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Beliau juga pernah menjadi penerima Pingat Khidmat Kecemerlang pada tahun 2010.

Selain itu, beliau merupakan calon BN yang bertanding di DUN N13 Semambu, Pahang pada PRU-14.

Kini, pada Pilihan Raya Umum(PRU) Ke-15, beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen P82 Indera Mahkota bersama-sama Datuk Seri Saifudin Abdullah dari Parti Perikatan Nasional (Bersatu), Zuraidi Ismail dari Pakatan Harapan (PKR) dan Mohamad Nor Sundari, calon Gerakan Tanah Air (Pejuang).

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengurus stesen minyak

Jawatan dalam parti:

  • Pengerusi MCA Cawangan Bukit Bay-Route (2005-2016)
  • Ketua Pemuda MCA Cawangan Bukit Bay-Route (2005-2016)
  • Ajk Pemuda MCA Pusat (2013-2016)
  • Naib Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pahang (2013-2016)
  • Setiausaha Pemuda MCA Negeri Pahang (2013-2016)
  • Naib Pengerusi MCA Bahagian Indera Mahkota (2013-2016)
  • Ketua Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota (2013-2016)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebudayaan Yee Lan Kuantan (2009-2016)
  •  Timbalan Setiausaha Persatuan Pengusaha Kecil Dan Sederhana (2008-2015)
  • Setiausaha Persekutuan Wushu Negeri Pahang (2006-2015)
  •  Pengerusi Rukun Tetangga Taman Fairmount & Taman Muhibah (2008-2014)

Jawatan dalam agensi kerajaan:

  • Pengerusi JPP (2015-2017)
Pendidikan:
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Kota Bharu, Kelantan (1990)
  • SMJK Chung Hwa Kota Bharu, Kelantan (1997)
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia  - Kolej Segi Kuala Lumpur (2004)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: MCA
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P82 Indera Mahkota

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P82 Indera Mahkota N13 Semambu