Haliza Abdullah dilahirkan pada 27 Mei 1967 merupakan seorang peguam di Batu Pahat, Johor.
Beliau juga adalah ketua wanita UMNO Batu Pahat dan calon Ahli Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke 14.
Pada 2006, beliau pernah menerima anugerah Tokoh Belia Wanita Negeri Johor dari kerajaan Negeri Johor.
Haliza pernah dilantik sebagai pengerusi majlis pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Parlimen Batu Pahat dan ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat selama tiga penggal.