MOHD SOFI ABDUL WAHAB

Maklumat Diri
Tarikh lahir
12/10/1968

Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam politik, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab @ Sofi Wahab, terus disenangi rakyat.

Beliau berusia 53 tahun, mula bergiat aktif dalam politik sejak tahun 90-an dan memilih parti Pas sebagai wadah perjuangan selama 18 tahun.

Namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal Melaka selama sepenggal ini bertukar angin dengan memilih parti Amanah Negara pada tahun 2015 dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

Beliau juga merupakan EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kemudahan Awam Melaka, kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara, Melaka dan Ketua Parti Amanah Negara, Kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.

Berdasarkan kelayakan sedia ada, beliau pernah menjadi Perunding (Consultant) Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa AS9100 selama dua tahun dan Perunding (Consultant) Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa AS9100 selama lima tahun.

Selain itu, Mohd Sofi pernah menceburi bidang pendidikan dan kejuruteraan setelah menjadi pensyarah (Sambilan) dipelbagai universiti tempatan dan jurutera kualiti di beberapa syarikat multinasional.

Bekas wartawan sambilan akhbar Siasah ini turut mengendalikan lebih dari 100 audit, kursus, workshop kepada syarikat-syarikat korporat dan kilang-kilang dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti khususnya Aeroangkasa di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengendalikan kursus-kursus motivasi pelajar dan pembangunan manusia.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14, beliau pertama kali bertanding dan berjaya membawa kemenangan kepada PH dengan mendapat 5,213 undian ketika menentang Ab Wahab Ab Latip daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,450 undi. Majoriti undi sebanyak 763.

Pencapaian
Kerjaya:
  • EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kemudahan Awam Melaka (2018 hingga Februari 2020)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (2018 hingga kini)
  • Perunding (Consultant) Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa AS9100 (2016 hingga 2018)
  • Perunding Separuh Masa (Freelance) Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa (2001 hingga 2016)
  • Pengurus di Jabatan Khidmat Sokongan UST Sdn Bhd (anak Syarikat CTRM Sdn Bhd) (2011 hingga 2016)
  • Jurutera Kanan (Senior Engineer) Kualiti di CTRM AC Sdn Bhd (2001 hingga 2010)
  • Pensyarah Matrikulasi UKM di Kolej UNIKEB Jengka (1998 hingga 1999)
  • Jurutera Kualiti di beberapa syarikat multinasional (1993 hingga 1997)
  • Pensyarah (Sambilan) Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Melaka (2003)
  • Pensyarah (Sambilan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka (1999)
  • Pensyarah (Sambilan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam (1998)
  • Wartawan Sambilan Akhbar Siasah ( 2010-2014)

Jawatan dalam GLC dan agensi:

  • Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (2018 hingga Feb 2020)
  • Pengerusi MITC Melaka (2018 hingga Feb 2020)
  • Pengerusi PANORAMA Melaka (2018 hingga Feb 2020)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Naib Pengerusi Pakatan Harapan Melaka (2018 hingga kini)
  • Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara, Negeri Melaka (2017 hingga kini)
  • Ketua Parti Amanah Negara, Kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya (2015 hingga kini)
  • Memegang pelbagai peringkat Jawatan dalam Pas Kawasan dan Negeri (1997 hingga 2015)

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan:

  • Pengerusi Masjid Al-Azim (Masjid Negeri Melaka) (2018 hingga Feb 2020)
  • Ahli Jawatan Kuasa Wakaf Malaysia (2018 hingga Feb 2020)
  • Pengerusi Jawatan Kuasa Sambutan Maal Hijrah Melaka (2018 & 2019)
  • Pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Melaka (2018 & 2019)
  • Penasihat Masjid An-Naim Durian Tunggal (2018 hingga Feb 2020)

Pengalaman Kepimpinan Universiti;

  • Pengarah Pilihanraya Kampus KBI USM - Sessi 1990/91, 1991/92, 1992/93
  • EXCO Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM/PMUSM) - Sessi 1991/1992
  • Setiausaha Sosial dan Budaya Majlis Perwakilan Pelajar USM (MPPUSM/PMUSM) Sessi 1991/1992
  • Pengarah Jawatankuasa Politik dan Pilihanraya KBI USM (1990 hingga 1993)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Industri dengan Kepujian dari USM (1993)
  • Daftar Juruaudit Bertauliah Antarabangsa (IRCA) dan Persekutuan Pengurus-Pengurus Unit Amanah Malaysia (FMUTM).
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: AMANAH
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P135 Alor Gajah N9 Durian Tunggal
  • PRN DUN Melaka- P135 Alor Gajah N9 Durian Tunggal