Datuk Nizam Abu Bakar Titingan adalah penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk Apas.
Beliau adalah mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Sabah dan juga bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Beliau juga anak kepada Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan, seorang tokoh Melayu di Sabah yang pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah.
Abang beliau, Datuk Tawfik adalah bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah dan ADUN Apas namun telah meninggal dunia pada 2018.
Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada PRU14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.
Mereka kemudiannya telah menyertai Bersatu, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan sebelum menyertai Perikatan Nasional.