MOHD SHAHAR ABDULLAH

Maklumat Diri
Telefon
0127399988
Asal
Kuantan, Pahang
Tarikh lahir
6/12/1980

Menang dengan majoriti besar adalah satu pencapaian yang membanggakan buat calon yang bertanding dalam pilihan raya.

Begitulah kejayaan Mohd Shahar Abdullah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam merebut kerusi Parlimen Paya Besar, Pahang.

Beliau yang mewakili parti Barisan Nasional (BN) meraih majoriti sebanyak 5,742, mengalahkan calon lawan daripada Pas, Mohamad Azhar Mohd Nor yang mendapat 13,291 undi dan calon Pakatan Harapan (PH) (11,776).

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau memperoleh undi keseluruhan sebanyak 19,033.

Dilahirkan pada 6 Disember 1980, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching Selatan, Sungai Lembing, Pahang sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah (SM) Vokasional Kemaman, Terengganu.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Minatnya dalam bidang kejuruteraan eletrik mendorong beliau untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama di UTM dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dengan keputusan cemerlang, CGPA 3.95.

Kerjaya politiknya bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Paya Besar sebelum dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pahang. 

Kini beliau diberi kepercayaan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia. 

Beliau yang juga Ahli Persatuan Komanwel ini pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Setiausaha Parlimen dan Setiausaha mantan Menteri Pendidikan di Kementerian Pengajian Tinggi. 

Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik Timbalan Menteri Kewangan II. 

Anak kelahiran Kuantan ini merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) (2017-2018), Yayasan Pahang (2018-2019) dan Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC).

ARTIKEL BERKAITAN:

PKPD: Warga Kuantan perlu kekal tenang
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Paya Besar (2018 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Kewangan II (Mac 2020 - hingga kini)
  • Ahli Persatuan Komanwel (CPA)
  • Ahli Persatuan Inter-Parliamentary Union (IPU)
  • Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)
  • Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah Yayasan Pahang (2018-2019)
  • Ahli Lembaga Pengarah UniKL (2017-2018)
  • Pegawai Khas Setiausaha Parlimen
  • Setiausaha Menteri Pendidikan Malaysia

Jawatan dalam parti :

  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia
  • Ketua Pemuda UMNO Pahang
  • Ketua Pemuda UMNO Paya Besar
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda  Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), UTM
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), UTM
  • SM Vokasional Kemaman, Terengganu
  • SK Panching Selatan, Sungai Lembing, Pahang
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P84 Paya Besar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan MOHD SHAHAR ABDULLAH

Video Berkaitan MOHD SHAHAR ABDULLAH