MUHAMMAD JAILANI KHAMIS

Maklumat Diri
Asal
Melaka
Tarikh lahir
27/5/1972

Datuk Muhammad Jailani Khamis merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia dan bekas EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri pelancongan dan berperanan menggalakkan pelancongan domestik telah diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Pengerusi Melaka World Heritage Sdn.Bhd, Pengerusi Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCC) dan Pengerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP).

Anak watan Melaka yang sebelum ini merupakan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memilih UMNO bagi meneruskan perjuangan politik selepas sembilan bulan menjadi wakil rakyat Bebas.

Muhammad Jailani dilahirkan pada 27 Mei 1972 kini dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah menggantikan Senator Datuk Ismail Ibrahim yang secara suka rela menarik diri daripada jawatan itu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Hilir, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat menengah, di Sekolah Menengah (SM) Tinggi Melaka dan SM Sains Muar Tanjung Agas Johor.

Pada tahun 1991, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Lembah Pantai sehingga tahun 1994.

Seterusnya di universiti sama, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (kepujian) pada 1995 hingga 1996.

Selepas menamatkan pengajian, Muhamamd Jailani berkerja sebagai pengasas dan CEO Firma Guaman Muhammad Jailani & partners.

Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Melaka ini pernah dilantik Timbalan Presiden Remaja Gerakan Belia 4B pada 1999 hingga 2009.

Semasa bersama UMNO, beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil dan AJK UMNO Bahagian Bukit Katil.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Pimpinan Majlis Negeri Melaka PKR selama tiga tahun.

Pertama kali bertanding di Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) Muhammad Jailani daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 6,773 undian ketika menentang Norpipah Abdol daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 4,959 undi. Majoriti undi sebanyak 1,814.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Rembia (2018 hingga kini)
  • EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan 
  • Pengasas dan CEO Firma Guaman Muhammad Jailani & partners

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah & Pengerusi:

  • Pengerusi Melaka World Heritage Sdn. Bhd.
  • Pengerusi Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCC)
  • Pengerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP)
  • Timbalan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM)
  • Pengerusi Menara Taming Sari Berhad
  • Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim)
  • Pengerusi Institut Warisan Melaka (INSWA)
  • Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka (MTENM)
  • Ahli Anggota Tabung Amanah Negeri Melaka
  • Pengerusi Melaka International Trade Center Sdn. Bhd. (MITC)
  • Pengerusi Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd. (SMV)
  • Pengerusi Planetarium Melaka Sdn. Bhd.
  • Ahli Lembaga Tabung Amanah Negeri Melaka

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah (kini)
  • Ahli Pimpinan Majlis Negeri Melaka PKR (2018 - 2020)
  • Ahli JawatankuasaUMNO Bahagian Bukit Katil (2013 - 2016 )
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil (2009 - 2013)
  • Ketua Pemuda UMNO Cawangan (2003 - 2009)
  • Exco Pemuda UMNO Negeri (2003 - 2009)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan (1989 - 2003)

Penglibatan dalam sosial dan badan bukan berkanun:

  • Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Melaka (2020 - Kini)
  • Timbalan Presiden Remaja Gerakan Belia 4B (1999 - 2009)
  • Pengerusi Remaja 4B Negeri Melaka (1999 - 2009)
  • Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B Bahagian Bukit Katil Melaka (1996 - 2009)
  • Ketua Cawangan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Ayer Keroh Melaka (1995 - 2009)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (2009)
  • Darjah Mahkota Seri Melaka (2018)

Pencapaian anugerah:

  • Anugerah Tokoh Belia Negara (Keusahawanan) (2003)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) UIAM (1995-1996)
  • Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Lembah Pantai (1991-1994)
  • SM Sains Muar Tanjung Agas, Johor (1988-1989)
  • SM Tinggi Melaka (1984-1987)
  • SK Bandar Hilir (1979-1983)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P135 Alor Gajah N6 Rembia
  • PRN DUN Melaka- P135 Alor Gajah N6 Rembia