AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR

Maklumat Diri
Asal
Kuala Lumpur
Tarikh lahir
16/9/1986

Akmal Nasrullah Mohd Nasir merupakan calon Pakatan Harapan yang bertanding di parlimen  P160 Johor Bahru, Johor pada Pilihan Umum Raya Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16,041 undi.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir berjaya menawan kerusi Parlimen Johor Bahru dari penyandangnya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad setelah memegang selama tiga penggal.

Beliau kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Dilahirkan pada 16 September 1986, merupakan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat setelah memenangi jawatan itu semasa pemilihan PKR 2018 dan menewaskan dua orang calon lain.

Sebelum bergelar Ahli Parlimen, beliau merupakan pengasas dan pengarah satu pertubuhan NGO yang dikenali sebagai National Oversight and Whistleblower (NOW) bersama dengan Rafizi Ramli. 

NOW bertanggunjawab dalam mendedahkan skandal-skandal kewangan negara yang besar ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. 

Antara skanda-skandal yang telah dibongkarkan yang mencetuskan fenomena dalam negara adalah seperti skandal NFC yang melibatkan Shahrizat Abdul Jalil dan penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Mendapat pendidikan awal daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar dan Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. 

Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar) dari tahun 1999 - 2003. Sepanjang berada di MCKK, beliau telah memegang beberapa jawatan persatuan dan mendapat beberapa anugerah akademik.

Selepas tamat persekolahan, beliau telah menerima tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. 

Pada tahun 2004, beliau mengambil masa selama satu tahun untuk program persediaan di International Education College (INTEC) di Shah Alam.

Setelah selesai program persediaan, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat selama empat tahun (2005-2009). 

Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Aktuari dan juga Ekonomi serta turut menerima anugerah Dean's List pada tahun ketiga pengajian.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Johor Bahru (2018 hingga kini)
  • Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (2022)
  • Pengarah dan pengasas National Oversight and Whistleblowers (NOW Malaysia)
  • Pegawai Khas Ahli Parlimen Pandan (2013 – 2018)
  • Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor (2009 – 2012)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (2018 hingga kini)
  • Ketua Cabang, Johor Bahru (2014 – 2021)
  • Pengarah Strategi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia (2014-2018)
  • Ketua Penerangan, Negeri Johor (2014 – 2018)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dan Ekonomi Universiti Wisconsin-Madison, Amerika Syarikat(2005-2009)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay College Kuala Kangsar) (1999-2003)
  • Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P160 Johor Bahru
  • PRU15- P160 Johor Bahru

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR

Video Berkaitan AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR