MOHD REDZUAN YUSOF

Maklumat Diri
Asal
Masjid Tanah Melaka
Tarikh lahir
14/4/1957
Pasangan
Datin Seri Hamidah Osman
Anak
4

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof atau lebih dikenali sebagai Pak Wan merupakan penyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) pada 10 Mac 2020.

Beliau pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan  semasa bersama Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Alor Gajah, berusia 64 tahun, mendapat pendidikan tertinggi dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Leeds University, United Kingdom.

Bukan itu sahaja, pengasas kepada parti Bersatu dilantik Ahli Majlis Tertinggi parti Bersatu dan pernah memegang jawatan Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd.

Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau menjaga lima agensi di bawah portfolionya seperti Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohd Redzuan daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 29,330 undian ketika menentang Wong Nai Chee daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 22,350 undi dengan majoriti undi sebanyak 6,980.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) (Mac 2020-kini)
  • Ahli Parlimen Alor Gajah (10 Mei 2018-kini)
  • Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2 Julai 2018 – 24 Februari 2020)
  • Pengarah Bukit Fraser Thermal Technologies Sdn Bhd (2014-2018)
  • Jurutera Esso Malaysia Berhad (1982-1990)
  • Pengurus projek Petronas Carigali Sdn Bhd (1990-1993)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM (2018-kini)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Leeds University, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P135 Alor Gajah
  • PRU15- P135 Alor Gajah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada