YUSOF @ JOSREE YACOB

Maklumat Diri
Asal
Sipitang, Sabah
Pasangan
Azizah Beniamen

Diberi tanggungjawab untuk mengekalkan kuasa parti Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin di bawah Parlimen Sipitang bukanlah satu tugas mudah.

Apatah lagi bagi muka baharu di kawasan itu seperti Yusof @ Josree Yacob.

Lebih sukar apabila beliau terpaksa berhadapan pertembungan enam penjuru.

Namun nasib menyebelahi beliau apabila berooleh kemenangan dengan majoriti 424, lebih tinggi darioada sebelumnya yang hanya 293.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Kali Ke-16, Yusof yang bertanding atas tiket Warisan Plus menang dengan mendapat 5,415 undian menewaskan  calon terdekatnya Sani Miasin daripada Barisan Nasional yang mendapat 4,991 undi.

Turut bertanding calon Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Manshur @ Manshor Okk Mohd Yassin (365); calon Parti Liberal Demokratik, Daniel Gaing @ George Danial (142) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Jaybee Buayie (114).

Calon Parti Gagasan Rakyat Sabah, Arifin Harith mendapat undi paling rendah iaitu sebanyak 34.

Pada 2 Oktober 2021,  beliau yang juga Ketua Penerangan Warisan mengambil keputusan itu dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas yang menyokong kerajaan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • ADUN Sindumin
  • Ahli politik
  • Ahli parlimen Sipitang (1995-2008)
  • Menteri Pendidikan dan Inovasi (2018-2020)
  • Timbalan Speaker Dewan Rakyat (2004-2008)

Jawatan dalam politik:

  • Ketua Penerangan Warisan (2018- Oktober 2021)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P178 Sipitang N28 Sindumin
  • PRN DUN Sabah 16- P178 Sipitang N35 Sindumin

Artikel Berkaitan YUSOF @ JOSREE YACOB

Video Berkaitan YUSOF @ JOSREE YACOB