MOHD IMRAN TAMRIN

Maklumat Diri
Asal
Pekan Sungai Nibong, Selangor
Tarikh lahir
1/11/1986
Pasangan
Datin Nor Syuhada Aini Mohd Sukri
Anak
Aisyah Amirah

Berasal dari Pekan Sungai Nibong Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin menyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dan merupakan seorang peguambela serta penguamcara.

Mohd Imran yang gemar bersukan dan membaca, pernah bekerja sebagai Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan Petrolium Nasional Berhad (Petronas) selama lima tahun kemudian dilantik Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas selama setahun.

Kini, beliau meneruskan kerjayanya sebagai seorang peguam berkaliber di Tetuan Zabir Imran & Partners sejak 2017.

Semasa menuntut di universiti, Mohd Imran aktif dalam kepimpinan pelajar termasuk kepimpinan persatuan dan kelab. Sehingga kini beliau aktif dalam kepimpinan masyarakat, belia dan badan bukan berkanun (NGO) serta politik.

Penglibatannya dalam bidang politik, beliau memegang jawatan EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN), Pengerusi Sekretariat Profesional Muda Pemuda UMNO Selangor dan kini sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Kalau bercerita mengenai penglibatan beliau dalam NGO termasuk khidmat masyarakat, Mohd Imran pernah menyandang Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia dan Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia.

Meskipun pertama kali dicalonkan di DUN Sungai Panjang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, beliau terus membawa kemenangan buat BN selepas berjaya menewaskan Mariam Abdul Rashid daripada Pakatan Harapan dengan mendapat 10,530 undiaan manakala penentang memperoleh 8,446 undian. Kemenangan itu dengan majoriti undi sebanyak 2,084.

Pada Ogos 2023, Imran Tamrin bertanding sebagai calon BN bagi N.03 Sungai Panjang pada PRN Selangor.

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang
  • Eksekutif Kanan Bahagian Sumber Manusia (Perhubungan Perusahaan) di Petronas (2015-2016)
  • Eksekutif Bahagian Penajaan Pendidikan di Petronas (2011-2015)
  • Peguambela serta penguamcara di Tetuan Zabir Imran & Partners 

Jawatan  dalam parti:

  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar (kini)
  • EXCO Pemuda Barisan Nasional (BN)
  • Pengerusi Sekretariat Profesional Muda Pemuda UMNO Selangor

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam
  • Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
  • Penasihat Undang-undang gabungan NGO Malaysia
  • Pengerusi Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar
  • Bekas pegawai Gerakan Wawasan Malaysia (GWM)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UIAM (2010)
  • Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya (Matrikulasi Undang-Undang 2004)
  • Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Selangor (SMA 2002/SPM 2003)
  • SK Sungai Nibong, Selangor (1998)
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P93 Sungai Besar N3 Sungai Panjang
  • PRU PRN15- P93 Sungai Besar N3 Sungai Panjang

Video Berkaitan MOHD IMRAN TAMRIN