NORAZLINAH ARIF

Norazlinah Arif adalah penyandang DUN Kunak setelah menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2018 dan sekali lagi mempertahankan kerusi tersebut pada PRN kali ini. 

Beliau merupakan graduan ijazah Sains Sosial Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Malaya adalah Ketua Wanita Bahagian Parlimen Silam.

Berkecimpung dalam dunia politik bermula pada 2016 sebagai Naib Wirawati Bahagian Silam kemudiannya dilantik Naib Wirawati Negeri Sabah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pembantu Menteri Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah (2018-2020)
  • Sumber manusia dan pengurus tadbir Mewah Datu Oils Sdn Bhd, Poic Lahad Datu
  • Sumber manusia dan pengurus tadbir Gamaluz Oil Sdn Bhd Poic Lahad Datu
  • Pembantu tadbir TSH-Wilmar Sdn Bhd Kunak
  • Pembantu produser Ras Production Kuala Lumpur

Jawatan disandang dalam politik;

  • Ketua Wanita Bahagian Silam (2019)
  • ADUN Kunak (2018)
  • Naib Wirawati Negeri Sabah (2017)
  • Naib Wirawati Bahagian Silam (2016)
Pendidikan:
  • Ijazah Sains Sosial Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Malaya
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: WARISAN Plus
Parti: WARISAN
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P188 Silam N51 Kunak
  • PRN DUN Sabah 16- P188 Lahad Datu N63 Kunak