Beliau dibesarkan dalam keluarga yang aktif dalam politik. Ayahnya Panglima Alian Som adalah seorang petani dari suku Dusun Begahak manakala ibunya Jaliha Salahudin dari suku Bajau, adalah pemimpin masyarakat yang dihormati.
Pada PRU14, beliau memenangi Kerusi DUN Tungku dan kemudian dilantik sebagai Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Beliau sempat membuka firma perakaunan di Kota Kinabalu bersama Azhar Matussin (kini ADUN Karambunai dan Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian) sebelum balik ke Lahad Datu untuk membuka firmanya perakaunannya sendiri.
Dalam bidang politik, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Silam dan Bendahari UMNO Silam sebelum melepaskan jawatan dan kemudian bergiat dalam NGO seperti Persatuan Kebajikan Anak-Anak Tungku (PAATU) dan Persatuan Pekebun Sawit Tungku.
Selepas itu, beliau terpilih sebagai calon Parti Warisan Sabah (Warisan) DUN Tungku pada PRU 14 dan berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,001 undi.
Untuk rekod, Assaffal memperolehi sebanyak 6,295 undi mengalahkan pencabar terdekat, calon BN Mizma Apehdullah yang mendapat 5,294, Bulangan Panasi dari Parti Harapan Rakyat 928 undi manakala Abdul Rahman Taggoh mendapat 102 undi.