MATBALI MUSAH

Datuk Matbali Musah adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Beliau adalah bekasTimbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Sabah. 

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019.

Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Matbali Musah sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Sipitang meraih 14,459 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 4,691.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Sipitang (2022)
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan
  • Dicalonkan untuk bertanding Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 bagi kerusi N27 Lumadan dengan logo Barisan Nasional

Jawatan dalam politik:

  • BekasTimbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang

Anugerah diterima:

  •  Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gabungan Rakyat Sabah
Parti: GRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P178 Sipitang

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P178 Sipitang N27 Lumadan