Kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tampin, Negeri Sembilan akhirnya tumpas ke tangan Pakatan Harapan yang diwakili muka baharu iaitu Hasan Bahrom pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam pertembungan tiga penjuru itu, Hasan daripada Pakatan Harapan (PH) menang dengan mendapat 22,435 undian ketika menentang Shaziman Abu Mansor daripada Barisan Nasional (BN) 21,433 dan Abdul Halim Abu Bakar daripada Pas yang hanya meraih 4,958 undi.
Kemenangannya dengan majoriti 1,002 undi mengalahkan penyandang kerusi ini sejak PRU-10, Datuk Shaziman Abu Mansor dari parti BN.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang sastera di Univbersiti Malaya (UM), Bangsar sebelum memiliki ijazah kedoktoran (PhD) Siasah Syariah di universiti yang sama.
Hasan juga memiliki Sijil Guaman Syarie dari Jabatan Agama Islam Melaka.
Sebelum terjun dalam dunia politik, beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Koordinator Pusat Pendidikan Islam UiTM di Melaka.
Bukan itu sahaja, Hasan juga merupakan Professor Madya UiTM dan Pengarah InstitUt Kajian Zakat Malaysia (IKaz), UiTM.
Bakat kepimpinannya mula terserlah ketika mengikuti pengajian tinggi apabila beliau dilantik sebagai Presiden Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Beliau juga pernah menyandang jawatan Presiden Ikatan Studi Islam dan EXCO Agama Konvesyen Mahasiswa Sains Kesihatan Se-Malaysia (KOMSIS) A di UKM.
Hasan juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.
Menyentuh hal politik, beliau merupakan antara enam tokoh akademik yang dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
ARTIKEL BERKAITAN:
Amanah akan bertanding di Ayer Hitam
Pas bukan pesain Anwar: Amanah
Henti polemik perkauman dalam negara