PAUL PORODONG

Dr Paul Porodong merupakan calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N5 Matunggong. Beliau merupakan bekas pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau merupakan suku kaum Rungus yang pertama memiliki Doktor Falsafah (PHD).

Penyertaan bagi calon Matunggong adalah pengalaman keduanya selepas tercalon semasa Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai calon Ahli Parlimen Kota Marudu mewakili Parti Anak Negeri.

Beliau juga ahli International Register of Certified Auditors in Malaysia dan memiliki kelebihan fasih membaca dan menulis dalam lima bahasa.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah

Pendidikan:
  •  Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)  Anthropologi and Sosiologi Universiti Malaya
  • Ijazah Sarjana  Anthropologi and Sosiologi Universiti Malaya
  • Doktor Falsafah Antropologi Alam Sekitar Universiti Kent, United Kingdom
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P168 Kota Marudu

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sabah 16- p168 Kota Marudu N5 Matunggong