PANDIKAR AMIN B MULIA

Maklumat Diri
Asal
Kota Belud, Sabah
Tarikh lahir
17/9/1955
Pasangan
Puan Sri Hadijah Teng Abdullah

Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilahir 17 September 1955 merupakan ahli politik veteran Malaysia berasal dari Kota Belud, Sabah.

Beliau merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia bagi penggal ke-12 selepas pilihan raya umum ke-12 menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Pada 2013 sekali lagi beliau terpilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Beliau dianugerahkan lulusan undang-undang dari Wolverhampton Polytecnic dan Lincoln Inn, London.

Pandikar menceburi bidang politik pada 1982 apabila bertanding bagi kawasan Parlimen Kota Belud, tetapi tewas. Pada tahun yang sama beliau bertanding pula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Usukan, Sabah dan berjaya memenangi kerusi itu atas tiket USNO.

Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu dan meletak jawatan selepas menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat. Beliau juga pernah memegang jawatan Speaker Perhimpunan Negeri Sabah dari 1986 hingga 1988.

Beliau juga merupakan bekas Senator dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2002).

Beliau pernah menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR BERSATU), sebuah parti politik dari Sabah yang telah dibubarkan. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO).

Pada 2004 beliau menjadi (ADUN) Tempasuk, Sabah. 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Paguam
  • Bekas Senator dan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2002)
  • Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu
  • Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia 2008
  • Yang Dipertua Dewan Rakyat 2013
Pendidikan:
  • Lulusan undang-undang dari Wolverhampton Polytecnic dan Lincoln Inn, London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: United Sabah National Organisation
Parti: USNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P169 Kota Belud N6 Tempasuk
  • PRN DUN Sabah 16- P169 Kota Belud N8 Pintasan

Video Berkaitan PANDIKAR AMIN B MULIA