WAN NAZARI WAN JUSOH

Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding di kerusi parlimen P33 Besut pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.Beliau juga merupakan sepupu Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam PRU14 beliau bertanding kerusi Parlimen P33 Besut tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Idris Jusoh dan calon Gagasan Sejahtera (GS) Riduan Mohamad Nor.

Beliau merupakan Bekas Ahli Jawatankuasa Pemantau Pilihanraya PRU-11 Terengganu & Bekas Ahli Jawatankuasa Pemantau Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Jurutera IADP Besut (1986-1988)
  • Jurutera Daerah JPS Besut (1988-1990)

Jawatan dalam parti:

  • Bekas Ahli Jawatankuasa Pemantau Pilihanraya PRU-11 Terengganu (2004)
  • Bekas Ahli Jawatankuasa Pemantau Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (2009)

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Yayasan PAUM@ Bekas Mahasiswa Universiti Malaya
  • Naib Presiden Bekas Pelajar Asasi Sains, Universiti Malaya@PAUM
  • Presiden Bekas Pelajar Asasi Sains, Universiti Malaya (PLAS)
  • Penasihat Persatuan Pasar Malam Daerah Kuala Terengganu (2006-2018)
  • YDP PIBG Sekolah SBP Intergrasi Batu Rakit Kuala Terengganu (2001-2004)
  • Bekas Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (2001-2004)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Gerakan Tanah Air
Parti: PEJUANG
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P33 Besut
  • PRU15- P33 Besut

Kerusi Bertanding DUN: Tiada