DATU AMIR KAHAR DATU MUSTAPHA

Maklumat Diri
Pasangan
Aminah Ambrose
Anak
5

Anak salah seorang bapa pengasas Malaysia, Allahyarham Tun Mustapha Harun, kembali di arena politik setelah bertanding di kerusi Banggi atas tiket calon Bebas.

Datu Amir Kahar Mustapha mahu menghidupkan semula nama keluarganya dan berharap dapat menjadi Ketua Menteri Sabah yang seterusnya.

Malah isteri beliau, Datuk Aminah Ambrose turut bersaing di kerusi Bengkoka juga sebagai calon Bebas.

Mustapha antara individu yang memperjuangkan kemerdekaan Sabah bersama Tun Fuad Stephens.

Datu Amir Kahar satu-satunya anak Mustapha yang aktif dalam politik dan pernah digugurkan sebagai calon UMNO untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi pada pilihan raya 2008.

Kali ini, beliau bertanding sebagai calon Bebas dalam pertemuan tujuh penjuru.

Nekad mahu meneruskan legasi bapanya, beliau berharap dapat mengubah nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menjadi Mustapha dan Lapangan Terbang Antarabangsa Stephens untuk mengenang bapa pengasas Malaysia.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Bendahari Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu
  • Timbalan Presiden II Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu
  •  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sabah 16

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU11- P167 Kudat N1 Banggi
  • PRN DUN Sabah 16- P167 Kudat N1 Banggi