KELVIN YII LEE WUEN

Dr Kelvin Yii Lee Wuen sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Bandar Kuching meraih 45,353 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 28,891.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Bandar Kuching setelah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Dalam pertembungan satu lawan satu,  beliau berjaya mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Kho Teck Wan yang mendapat undi 12,575.

Dr Kelvin menang dengan kelebihan undi 35,973.

Beliau antara muka baharu diperkenalkan oleh DAP pada PRU lalu dan siapa sangka, pada usia 32 tahun (ketika itu) telah diberi kepercayaan oleh akar umbi untuk dilantik sebagai Ahli Parlimen.

Dilahirkan pada 31 Ogos 1986, beliau pernah menjadi pembantu khas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia dan ahli parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

Melanjutkan pelajaran di Universiti London, Kelvin memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B.).

Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperoleh ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Perubatan Negara Volgograd di Volgograd, Rusia.

Pada masa ini, dia dalam tesis terakhirnya untuk Master of Laws (LL.M.) dalam Undang - Undang Perubatan.

 

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bandar Kuching (2018-kini)
Pendidikan:
  • Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Perubatan Negara Volgograd di Volgograd, Rusia
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LL.B.) Universiti London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P195 Bandar Kuching
  • PRU15- P195 Bandar Kuching

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P196 Stampin N14 Batu Kawah

Artikel Berkaitan KELVIN YII LEE WUEN

Video Berkaitan KELVIN YII LEE WUEN