Pada usia 28 tahun, Siti Shazianti Ajak adalah antara calon wanita parlimen termuda bertanding atas tiket Parti Harapan Rakyat Sabah (HR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Dia akan menghadapi pertarungan empat penjuru kerana akan bertanding melawan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-UMNO), Mohammadin Ketapi (Warisan), dan Ramli Pataruddin (Pas).