MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ

Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz  juga dikenali sebagai Buzze Azam merupakan peguambela dan peguamcara.

Ketika SMSS, beliau merupakan Pembahas Sekolah serta Pemidato yang mewakili sekolah dan Wilayah Persekutuan ke pertandingan debat peringkat Kebangsaan dan pernah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Bahasa Melayu Zon Tengah dalam pertandingan debat Piala Perdana Menteri 1993. 

Bakat kepimpinan beliau terserlah sejak sekolah lagi apabila dilantik sebagai Ketua Pelajar SMSS tahun 1994 dan pernah menerima Anugerah Kepimpinan dalam program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 1994.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Mewakili Naib Canselor UUM Tan Sri Dr Nordin Kardi memenangi saman fitnah terhadap blogger Raja Petra Kamarudin sebanyak RM7 juta pada 26 Mac 2008.
  • Menjadi Plaintif dan menyaman Majlis Peguam Malaysia pada 16 Mei 2012 kerana meluluskan resolusi menyokong gerakan kepartian NGO BERSIH yang bercanggah dengan fungsi penubuhan Majlis Peguam. Saman dibatalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas alasan Res Judicata pihak Plaintif.
  • Mewakili Shahrul Anuar bin Abdul Aziz, tertuduh dalam kes kecurian telefon bimbit yang menyebabkan huru-hara Plaza Low Yat pada tahun 2015 dan tertuduh telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2018.
  • Mewakili Dr Zakir Naik, pendakwah terkenal dunia dalam menangani kes permohonan red corner notis dan ekstradisi oleh Kerajaan India terhadap beliau.
  • Mewakili seorang yang mengaku dirinya sebagai “Sultan Melaka Darul Islam” Mahkamah Sesyen Melaka atas 4 pertuduhan jenayah kerana menipu dengan jalan samaran. Mahkamah Sesyen Melaka telah melepas dan membebaskan tertuduh pada 2 Julai 2018 apabila memutuskan Pendakwaan telah gagal membuktikan kes Prima Facie terhadap tertuduh
  • Mewakili peguam Kamal Hisham Jaafar yang dituduh melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM216,000.00 ketika beliau menjadi Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd bersama seorang lagi Pengarah iaitu DYMM Sultan Ibrahim Iskandar yang juga merupakan Sultan Negeri Johor. Kes ini telah selesai perbicaraan Mahkamah Sesyen Johor Bahru apabila DYMM Sultan Johor mengampunkan Sdr Kamal Hisham Jaafar.
  • Mewakili bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Dato Hasanah Abdul Hamid dalam kes tahanan Reman beliau oleh SPRM. Kes ini sedang dalam perbicaraan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
  • Menjadi peguam mewakili 4 orang bekas Ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang dihadapkan ke Tribunal Khas Perlembagaan.
  • Menjadi peguam kepada Puan Sri Sabariah Mohd Sharif, seorang pengundi DUN Semenyih mencabar keabsahan Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan PRK DUN N24 Semenyih kerana pada ketika mesyuarat SPR pada 18 Januari 2019, SPR hanya dianggotai oleh seorang Pengerusi sahaja.
  • Menjadi Plaintif dalam Tindakan Saman terhadap Kerajaan Malaysia di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keabsahan Sekolah Vernakular.
  • 11. Menjadi Plaintif dalam tindakan saman terhadap Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar prosedur Nasihat Lembaga Pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong ketika mengampunkan DSAI bagi membolehkan beliau bertanding di PRK Port Dickson

Pendidikan:
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yusuf Batu Gajah Perak.
  • Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak (SEMESTI)
  • Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
  • Matrikulasi Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (2001)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: BEBAS
Parti: BEBAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P100 Pandan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada