SEAH SHOO CHIN

Pemilihan anak muda sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang membuahkan hasil apabila Seah Shoo Chin berjaya mengekalkan momentum Pakatan Harapan apabila memperoleh jumlah majoriti terbanyak iaitu 14,612 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Shoo Chin pertama kali bertanding pada pilihan raya tidak gentar dalam pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) dan Bebas.

Beliau mendapat 22,880 undian ketika menentang Ng Choon Koon daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 8,268 undi, manakala calon Bebas Goh Leong San memperoleh 349 undi.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang (2018 hingga kini)
  • Jurutera
  • Penganalisis data
Pendidikan:
  • Ijazah Dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P138 Kota Melaka N19 Kesidang
  • PRN DUN Melaka- P138 Kota Melaka N19 Kesidang

Artikel Berkaitan SEAH SHOO CHIN

Video Berkaitan SEAH SHOO CHIN