MOHD SALIM SHARIFF MOHD SHARIF

Maklumat Diri
Asal
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tarikh lahir
1/1/1965
Pasangan
Fazidah Abdul Rahman
Anak
5 anak

Bekas setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 2009 hingga 2013 iaitu Datuk Mohd Salim Shariff @ Mohd Sharif merupakan Ahli Parlimen Jempol selepas menang pertama kali pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke 14.

Beliau berasal dari Kuala Pilah, pernah menjadi Ahli Dewan Negara pada 21 April 2014 hingga 21 April 2018.

Ketua UMNO Bahagian Jempol ini pernah dilantik Ketua Pegawai Khas Menteri Pelajaran selama empat tahun dan Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah pada 2004 hingga 2005.

Mohd Salim dilahirkan pada 1 Januari 1965 juga pernah memegang jawatan Ahli Majlis Daerah Jempol sejak 1998 hingga 2004.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Fazidah Abdul Rahman. Pasangan ini dikurniakan lima anak.

Pengerusi RISDA ini pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) Travel Sdn. Bhd dan Pengerusi Risda Bina Sdn.Bhd.

Beliau mendapat pendidikan di Institut Pertanian Malaysia Serdang lulusan Diploma Pertanian pada 1983 hingga 1986.

Selepas itu, beliau memperoleh Sijil Pengurusan Ladang Mardi Serdang pada tahun 1987 sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan lulusan Eksekutif Sarjana Muda Pengurusan Kepimpinan pada 2017. 

Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14., Mohd Salim daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 26,819 undian ketika menentang Kamarulzaman Kamdias daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 25,188 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,631.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jempol (2018-kini)
  • Ahli Dewan Negara(21 April 2014-21 April 2018)
  • Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pelajaran (2009-2013)
  • Ketua Pegawai Khas Menteri Pelajaran (2006-2009)
  • Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah (2004-2005)
  • Ahli Majlis daerah Jempol (1998-2004) 

Lantikan Ahli Lembaga Pengarah:

  • Pengerusi RISDA (Mei 2020-kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah TH Travel Sdn Bhd (2016-2019)

Jawatan dalam politik:

  • Ketua UMNO Bahagian Jempol (2013-kini)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol (2009-2013)
  • Ketua Pemuda UMNO Jempol (2002-2005)
  • Bendahari UMNO Bahagian Jempol (1998-2002)

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS)
  • Jaksa Pendamai (JP)
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 
  • Ahli Negeri Sembilan (ANS)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Pengurusan Kepimpinan (2017)
  • Sijil Pengurusan Ladang MARDI Serdang, Selangor (1987)
  • Diploma Pertanian Institut Pertanian Malaysia, Serdang Selangor (1983-1986)
     
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P127 Jempol

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan MOHD SALIM SHARIFF MOHD SHARIF

Video Berkaitan MOHD SALIM SHARIFF MOHD SHARIF