CHIEW CHAN YEW TONY CHIEW CHAN YEW

Maklumat Diri
Tarikh lahir
17/9/1987

Tony Chiew Chan Yew mewakili DAP pernah bertanding bagi Parlimen Bintulu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Dilahirkan pada 20 September 1987, beliau terus bergiat aktif menyantuni masyarakat meskipun tewas merebut kerusi Parlimen Bintulu.

Beliau berkelulusan Universty Of Canterbury, New Zealand berkelulusan ijazah sarjana muda sastera dalam bidang Sains Politik.

Beliau merupakan Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Bintulu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau membuat penampilan pertama mencabar King Sing di Parlimen Bintulu. King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) menang dengan majoriti 7,022 undi apabila meraih 27,076 undi manakala Tony Chiew meraih 20,054 undi.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak, Disember tahun lalu, Tony Chiew sekali lagi menjadi sandaran DAP untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu. Beliau yang memperolehi 4,069 undi tewas tipis 23 undi kepada calon GPS, Johnny Pang Leong Ming yang memperolehi 4,092 undi.

Berikutan pencapaian memberangsangkan itu, DAP Sarawak sekali lagi memberi kepercayaan kepada beliau untuk menjadi calon bagi Parlimen Bintulu.

 Anak dua bekas wakil rakyat menjadi taruhan DAP untuk mencabar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bulan depan. Tony Chiew Chan Yew, 36, yang diumumkan untuk bertanding di Parlimen Bintulu bagi merampas kerusi itu daripada Datuk Seri Tiong King Sing, bukanlah muka baharu bagi kawasan itu.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Usahawan dalam talian.

Jawatan dalam Parti:

  • Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Bintulu.
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sains Politik  Universty Of Canterbury, New Zealand
  • SMK Bintulu
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: DAP
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P217 Bintulu
  • PRU15- P217 Bintulu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada