HAMDAN SANI

Calon Pas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 Parlimen Petra Jaya, Hamdan Sani merupakan pengarah Institusi Perguruan PASTI Malaysia negeri Sarawak.

Beliau berasal dari kampung Samariang Jaya dilahirkan pada 11 Mei 1987.

Merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Kota Samarahan, pernah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Dewan Pemuda dan penolong setiausaha Badan Perhubungan Pas Sarawak.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Samaring kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMk) Semerah Padi dan SMK Matang Jaya.

Beliau juga meneruskan pengajian setelah mengambil diploma Sains di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam seterusnya ijazah sarjana muda sains (kepujian) biologi UiTM Shah Alam.

Berikutan PRU ke 15, Calon PN Parlimen Batang Lupar, Hamdan Sani yakin ketiadaan penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan memudahkan kemenangan Perikatan Nasional (PN).

Hamdan melahirkan keyakinan itu berdasarkan kepada usaha pihaknya yang mahu menyediakan pendekatan dan wadah baharu kepada penduduk Batang Lupar.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengarah Institut Perguruan PASTI Negeri Sarawak
Pendidikan:
  • Ijazah sarjana muda sains (kepujian) biologi UiTM Shah Alam
  • Diploma Sains di Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam
  • SMK Matang Jaya
  • SMK Semerah Padi
  • SK Samaring

 

Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P194 Petra Jaya
  • PRU15- P201 Batang Lupar

Kerusi Bertanding DUN: Tiada