Berusaha untuk mengekalkan kerusi Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum di bawah Parlimen Libaran bukanlah perkara mudah buat Arunarnsin Taib.
Apatah lagi beliau yang merupakan muka baharu bertanding di kerusi itu terpaksa berhadapan dengan pertandingan enam penjuru.
Namun nasib menyebelahi beliau apabila beroleh majoriti 269.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Kali Ke-16, Arunarnsin mendapat 3,140 undian mengalahkan pencabar terdekatnya calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Nasir yang mendapat 2,871 undian.
Turut bertanding adalah calon Bebas, Yunus Nurdin (1,690); calon Parti Cinta Sabah (PCS), Undang Tumpong (172) dan calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Jainudin Berahim (113).
Calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Riduan Sampai antara yang mendapat undian paling sedikit, iaitu 23 sahaja.