MUSTAFA DOLAH

Mustafa Dolah yang dulunya seorang pendidik, telah banyak menimba pengalaman dalam bidang pendidikan.

Beliau adalah calon Pas yang bertanding kerusi Parlimen P131 Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau pernah mengajar di pelbagai sekolah elit dan institusi berprestij. Sebut sahaja nama Sekolah KGV, Kolej Tunku Khursiah, SMAP Labu, SMKA Pedas malah Maktab Perguruan Raja Melewar. 

Mustafa meninggal dunia pada 13 September 2019.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru
  • Pensyarah
  • Pengetua
  • Penolong kanan
  • Pengarang

Jawatan dalam parti:

  • Bendahari Pas Negeri Sembilan

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Murni Seremban
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UKM
  • Sarjana Pendidikan UKM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P131 Rembau

Kerusi Bertanding DUN: Tiada