MOKTAR RADIN

Datuk Bung Mokhtar Radin ialah Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah dari Barisan Nasional - UMNO yang terkenal kerana sering menimbulkan kontroversi di Parlimen.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMN0 setelah terpilih dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Beliau dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan.

Berketurunan Kadazan-Dusun daripada suku Orang Sungai.

Bung Mokhtar dilahirkan dalam keluarga politik apabila datuk, nenek dan ibu bapanya adalah penyokong kuat USNO sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Datu Mustapa pada awal 1960-an.

Anak pasangan Rashidah Jikrun dan Radin Yatim ini mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Nor Asidah Alimudin dan Zizie Ezette yang merupakan seorang pelakon terkenal.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) (sejak 2008)
  • Ahli Parlimen Kinabatangan (sejak 1999)
  • Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan (1996 sehingga sekarang)
  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah (1991-1995)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan (1991-1995)
  • Exco Pemuda USNO (1980-1991)
  • Ketua Pemuda USNO Bahagian Kinabatangan (1979-1991)

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah berkhidmat:

  • Di Jabatan Hal Ehwal Khas Sandakan (1987-1991)
  • Pegawai Luar Bandar MARA Sandakan (1991-1992)
  • Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Sabah (1994-1999)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Falsafah (Analisis Polisi dan Keselamatan), Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Diploma Pengajian Perniagaan, Universiti Boxton, United Kingdom
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bilit, Kinabatangan
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: UMNO
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P187 Kinabatangan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada