ARTHUR JOSEPH KURUP

Maklumat Diri
Asal
Sabah
Tarikh lahir
4/8/1982

Datuk Arthur Joseph Kurup sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Pensiangan meraih 19,623 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 5,412.

Beliau kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Datuk Arthur Joseph Kurup merupakan  anak kepada ahli politik, Tan Sri Joseph Kurup, 

Beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di bawah Gabungan Bersatu Sabah dan bersekutu dengan Parti Perikatan Nasional (PN) di Peringkat Kerajaan Persekutuan.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Arthur sebelum ini bekerja sebagai Pegawai Perdagangan dan Undang-undang di Pertubuhan Perdagangan Dunia  (WTO) di Geneva, Switzerland sebelum pulang ke Malaysia.

Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah di Lembaga Pembangunan Bandar dan Perumahan Sabah.

Pada pilihan raya 2018, parti beliau Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) membawanya bertanding di kerusi parlimen Pensiangan bagi menggantikan bapanya, Joseph Kurup.

Beliau berdepan dengan calon Raymond Ahuar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya bertanding di kerusi lama bapanya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2022)
  • Peguam
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)  (2020-2021)
  • Pegawai Perdagangan dan Undang-undang di Pertubuhan Perdagangan Dunia  (WTO) di Geneva, Switzerland
  • Pengarah di Lembaga Pembangunan Bandar dan Perumahan Sabah
  • Ahli Parlimen Pensiangan (2018-kini)
  • Timbalan Menteri Kerja Raya (2021)

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
  • Ahli Majlis Tertinggi Barisan Nasional
  • Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
  • Timbalan Menteri Kerja Raya
  • Eksekutif di CIMB Investment Bank
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Ekonomi Antarabangsa & kewangan,University of Queensland,Australia
  • Ijazah Sarjana undang-undang  (Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa),Bond University,Australia
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang,Bond University,Australia.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Barisan Nasional
Parti: PBRS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P182 Pensiangan
  • PRU15- P182 Pensiangan

Kerusi Bertanding DUN: Tiada