RAFIEI MUSTAPHA

Maklumat Diri
Tarikh lahir
10/12/1953
Pasangan
Kasma Ibrahim
Anak
4

Rafiei Mustapha adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang berlatarbelakangkan bidang Pendidikan.

Di peringkat parti, beliau merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.

Beliau  adalah calon Pas yang bertanding kerusi Parlimen P129 Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Pada Ogos 2023, Rafiei Mustapha bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) atas tiket Pas bagi N18 Pilah pada PRN Negeri Sembilan.

 

 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Guru di Sekolah Menengah St Teresa, Kuching Sarawak (1976-1987)
  • Nazir Sekolah dalam Jemaah Nazir Sekolah Sarawak pada (1988-2003)
  • Ketua Bahagian Sumber Manusia di Segi Seri Sdn Bhd
  • Ketua editor

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan PAS Pusat
  • Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sembilan
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Pilah

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Pusat Kegiatan Guru (PKG) Rembau
  • Ahli Jawatankuasa Utama Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Negeri Sembilan sesi 2008/2009
  • Pengerusi Majlis Koperasi Pengetua-pengetua Betong, Sarawak  (2004-2006)
  • Ahli Jawatankuasa Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Sarawak sesi 2004/2005
  • Ketua Panel Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jemaah Nazir Persekutuan pada (1996-2003)
  • Pengerusi Surau Al-Insaniah, Taman Bandar Senawang bagi sesi 2012/2013
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Mengajar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama di Universiti Putra Malaysia
  •  Ijazah Sarjana Sains Pendidikan di Universiti Putra Malaysia
  • Diploma Lanjutan King College, London
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU PRN15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P129 Kuala Pilah
  • PRU15- P132 Port Dickson

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P129 Kuala Pilah N16 Seri Menanti
  • PRU PRN15- P129 Kuala Pilah N18 Pilah