HANIFAH HAJAR TAIB

Maklumat Diri
Pasangan
Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree

Datuk Hanifah Hajar Taib juga dikenali sebagai Hanifah Hajar Taib-Alsree merupakan ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Maximus Ongkili sejak Mac 2020.

Beliau adalah anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diselaraskan dengan gabungan PN dan parti komponen bekas gabungan Barisan Nasional (BN).

Hanifah merupakan Ahli Parlimen Mukah mewakili Barisan Nasional setelah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dalam pertembungan satu lawan satu.

Beliau kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Ekonomi.

Anak bongsu Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, juga memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dilantik pada 10 Mac 2020.

Beliau berkelulusan dari University of San Francisco dengan Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan tetap meneruskan legasi politik bapa beliau dengan menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak.

Pada PRU Ke-14, Hanifah nekad bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Parlimen Baram.

Beliau menang dengan mendapat 13,853 undian pada PRU Ke-14.

Dalam pertembungan satu lawan satu itu, beliau menentang Abdul Jalil Bujang daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 6,853 undi dan majoriti undi sebanyak 7,000.

Beliau memegang selama sepenggal kerusi Parlimen Mukah sejak tahun 2018 hingga kini.

Pada Pru15, Pertandingan 1 Penjuru akan berlangsung dimana Abdul Jalil Bujang (PH) dan Hanifah Hajar Taib (GPS) akan bertanding di parlimen P213 Mukah, Sarawak. 

Datuk Hanifah Hajar Taib sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Mukah meraih 21,733 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 15,686.

Pencapaian
Kerjaya:
  •  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang telah dilantik pada 10 Mac 2020
  • Ahli Parlimen Mukah (2018-kini)
  • Timbalan Menteri Ekonomi (2022)
Pendidikan:
  • Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan University of San Francisco
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P213 Mukah
  • PRU15- P213 Mukah

Kerusi Bertanding DUN: Tiada