ABANG AHMAD ABANG SUNI

Bekas Naib Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Sarawak,Abang Ahmad Abang Suni dilantik setiausaha agung Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR).

SEDAR dilabel sebagai 'parti politik baharu' di negeri ini dan akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-12 nanti selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu pada 28 Mei 2019.

Abang Ahmad dahulunya parti Bebas dan bertanding di kerusi Parlimen Betong memperolehi undian 4,401.

Dilahirkan pada 14 April 1954, beliau berasal dari Saribas dianugerahkan lapan cahaya mata.

Mengenal erti menulis dan membaca di Sekolah Kebangsaan Maludam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang.

Mempunyai Diploma Pentadbiran Awam yang diperolehi hasil melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bercerita mengenai kerjayanya, beliau adalah seorang anggota polis dan menyertai pelbagai latihan seperti kursus cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Dari segi pengalaman bertugas, beliau telah berkhidmat selama 41 tahun dalam PDRM. Antara pengalaman beliau ialah polis hutan BTN ke-17 Batu Kawa bermula dari 1973 hingga 1980.

Kemudian, jurulatih dan penceramah undang-undang kepolisan bermula tahun 1980 hingga 1986 dan pernah memegang jawatan ketua inspektor cawangan khas bermula tahun 1987 hingga 2006.

Seterusnya pada 2007 hingga 2008, beliau memangku Ketua Polis Daerah Simunjan sebelum bersara sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah Simunjan pada tahun 2007 hingga 2014 sebagai Timbalan Superitendan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Timbalan Superitendan Cawangan Khas Daerah Simunjan (2007-2014)

Jawatan disandang dalam politik;

  • Setiausaha agung Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR)
Pendidikan:
  • Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang
  • Sekolah Kebangsaan Maludam
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Sedar Rakyat Sarawak
Parti: SEDAR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Sarawak 12

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P204 Betong

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Sarawak 12- P201 Batang Lupar N28 Lingga