JUGAH MUYANG

Jugah anak Muyang, seorang pesara kerajaan dan mantan Pengerusi PRS Bahagian Pujut, Miri, merupakan anak jati Rumah Machau, Nanga Kumpang Engkilili, Lubok Antu. 

Beliau ialah adik kepada Andrew Janggi Muyang yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu sejak tahun 1982 sehingga kematian beliau pada tahun 1987. 

Dilahir 3 April 1964, Ahli Parlimen Lubok Antu ini memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia.

Sebelum ini, beliau adalah ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang kemudiannya dibubarkan. Selepas itu, Jugah memegang jawatan pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pujut sebelum berpindah ke Lubok Antu pada 2016 seterusnya, beliau dilantik pula sebagai timbalan pengerusi PRS Bahagian Engkilili.

Bagaimanapun pada tahun 2018, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, bagi kerusi Parlimen Lubok Antu sebagai calon bebas lalu menang dengan undian sebanyak 5,834 dengan majoriti 1,059 daripada 20,801 orang pengundi.

Pada 12 Mei 2018, beliau bersama lima yang lain telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan parti kerajaan persekutuan ketika itu.

Kemudiannya, pada 5 Jun 2020, bekas naib presiden PRK ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau keluar PKR lalu menjadi wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Keputusan beliau adalah kerana rasa kesalnya terhadap masalah dalaman antara parti dalam PH serta peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa kemelut politik Malaysia 2020 yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Pada Pru ke-15, Jugah Muyang mewakili PN akan bertanding di parlimen P203 Lubok Antu 
 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pesara kerajaan

Jawatan disandang dalam politik;

  • Naib presiden PRK (12 Mac 2020-5 Jun 2020)
  • Bekas pengerusi PRS Pujut
  • Bekas timbalan pengerusi PRS bahagian Engkilili
     
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P203 Lubok Antu
  • PRU15- P203 Lubok Antu

Kerusi Bertanding DUN: Tiada