Zulaihi Bakar atau Anai Zulai merupakan calon Pas bagi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Anak jati Tanjung Belipat merupakan seorang usahawan tani yang komited untuk membawa Sibuti lebih sejahtera melalui program Pendidikan, Kebajikan dan Kemasyarakatan.
Ia adalah pertandingan sulung tiga penjuru membabitkan ketiga-tiga parti selepas PRU Ke-12 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menewaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sementara itu, pada PRU Ke-13 pula BN menumbangkan Pas dan pada PRU Ke-14, BN kekal kemenangan dengan majoriti 3,676.
Beliau merupakan AJK PAS Kawasan Sibuti.