Datuk Andrew Wong Kee Yew adalah calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Beliau merupakan anak lelaki tunggal Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Menteri Kewangan II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh .
Pada PRU Ke-14 beliau yang mewakili BN menghadapi saingan empat penjuru di Parlimen Sibu yang dimenangi calon DAP, Oscar Ling Chai Yew dengan majoriti 11,422 undi manakala dua lagi calon, Simon Tiong Ing Tung (STAR) dan Tiew Yen Houng (SPP), hilang wang pertaruhan.
Datuk Andrew Wong Kee Yew, ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jalan Ipoh pada 10 Februari 2019.