LUKANISMAN AWANG SAUNI

Maklumat Diri
Asal
Kampung Dagang, Miri
Tarikh lahir
1/2/1982

Lukanisman bin Awang Sauni ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi Sibuti sejak 2018.

Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) sejak 16 April 2020.

Lukanisman dilahirkan di Miri dan berdarah campuran Melanau dan Cina. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya. Beliau pernah bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebelum menyertai politik.

Beliau bertanding untuk Sibuti pada pilihan raya 2018, di mana beliau menewaskan 2 calon pembangkang — Jemat Panjang dan Zulaihi Bakar, dengan majoriti 3,676 undi. Sebagai ahli parlimen dari Sarawak, beliau telah berusaha untuk menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Beliau juga merupakan ahli Kaukus Parlimen Muda dalam Dewan Rakyat

Bertanding di kubu kuat Barisan Nasional (BN) memberi laluan kemenangan mudah kepada Lukanisman Awang Sauni dalam merebut kerusi Parlimen Sibuti.

Berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru, Lukanisman menang dengan mendapat 12,214 undian menewaskan Jemat Panjang daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 8,538 undi.Beliau menang dengan memperolehi majoriti sebanyak 3,676.Turut bertanding, Zulaihi Bakar@Anai Zulai dari Pas dengan 1,617 undian. Beliau yang juga kacukan Melanau dan Cina ini pernah bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebelum menyertai politik

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Sibuti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

Lukanisman bin Awang Sauni sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Sibuti meraih 22,150 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,745.

Beliau kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Sibuti (2022)
  • Timbalan Menteri Kesihatan (2022)
  • Pengerusi Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
Pendidikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Polisi dan Pengurusan Sains dan Teknologi daripada Universiti Malaya (UM).
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gabungan Parti Sarawak
Parti: PBB
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P218 Sibuti
  • PRU15- P218 Sibuti

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan LUKANISMAN AWANG SAUNI

Video Berkaitan LUKANISMAN AWANG SAUNI