Nor Azam Karap merupakan calon Pakatan Harapan mewakili PKR bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N9-kuala perlis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Anak jati kampung Pulau Ketam,Kuala Perlis, Nor Azam Karap merupakan ADUN Kuala Perlis sejak 2018.
Beliau juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kangar dan Ketua Angkatan Muda Keadlian Negeri Perlis terlibat dalam secara serius dalam dunia politik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Pada tahun 2011 hingga 2018, beliau berkhidmat dengan syarikat Alam Maritim Sdn Bhd sebagai pegawai ke-2 dan ketua pegawai sebelum bertanding mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14.
Pada PRU14, Pada Pilihan Raya Umum Ke 14, Nor Azam Karap daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 4,253 undian ketika menentang Azam Rashid daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 2,999 undi dan memperoleh majoriti undi sebanyak 1,254.