Bertanding usia 28 tahun pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 memberi langkah kanan buat Michelle Ng Mei Sze apabila menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya dengan meraih 55,354 undian.
Beliau menentang Chong Ah Wat daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat 7,082 undi dan parti Bebas, Toh Sin Wah memperoleh 228.
Pertembungan tiga penjuru ini menyaksikan jumlah majoriti undi tinggi sebanyak 48,272 berbanding pilihan raya lalu dengan majoriti 28,069.
Pada Ogos 2023, beliau bertanding sebagai calon Pakatan Harapan pada PRN Selangor.