MOHAMAD SOFEE RAZAK

Maklumat Diri
Asal
Sungai Petani, Kedah
Pasangan
Madzlina Nordin

Mohamad Sofee Razak adalah calon Pakatan Harapan (PH) mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di Parlimen Padang Serai dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

PRU15 bagi parlimen P17 Padang Serai diadakan pada 7 Disember 2022, dilewatkan daripada tarikh asalnya. 19 November 2022 susulan kematian calon PH yang juga penyandang kerusi parlimen tersebut, Karupaiya Mutusami.

Sofee, pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) jurusan Perbankan dan Kewangan Islam, menggantikan mediang bertanding di sana.

Dalam PRU14, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N32 Kuala Ketil, namun tewas kepada calon-calon Pas dan Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau merupakan penulis jurnal dan majalah untuk Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro.

Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha KEADILAN Kedah, dan Setiausaha Pakatan Harapan Kedah.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Peguambela & peguamcara 
  • Peguam syarie
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Setiausaha syarikat 
  • Penulis jurnal dan majalah untuk Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro.
  • Ahli Majlis Peguam/ Peguam Malaysia (2001-kini)
  • Pengerusi, Persatuan Ikatan Bakti Daerah Kuala Muda, Kedah (2020-kini)
  • Lembaga Pengarah, Koperasi Komuniti Lembaga Islam Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah (2020-kini)
  • Naib Pengerusi, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Pulau Pinang (2015-2017)

Jawatan dalam parti

  • Setiausaha KEADILAN Kedah (2022-kini)
  • Setiausaha Pakatan Harapan Kedah (2020-kini)
Pendidikan:
  • SMKA Al Irshad Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang (1988-1994)
  • Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam (2001)
  • Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam (2006)
  • Doktor Falsafah (PhD) jurusan Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Pakatan Harapan
Parti: PKR
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU15- P17 Padang Serai

Kerusi Bertanding DUN:
  • PRU14- P16 Baling N32 Kuala Ketil