HASSAN SAAD

Maklumat Diri
Asal
Kampung Tanjung Kupang, Baling, Kedah
Pasangan
Zunaidah Shahabudin
Anak
10

Hassan Saad merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang bertanding bagi kerusi Parlimen P16 Baling, Kedah untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 29137 undi.

Dalam PRU-14, beliau turut bertanding di parlimen Baling namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Azeez Rahim dengan majoriti 1,074 undi.

Beliau merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1998,  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 dan Bintang Sultan Kedah (BKM).

Dalam parti, beliau merupakan Ahli Perhubungan Pas Negeri Kedah, dan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Baling
  • Guru di SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak (1980-1986)
  • Guru di SMK Siong, Baling Kedah (1987)
  • Guru di SMK Jerai, Kupang Baling Kedah (1988-2017)

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Perhubungan Pas Negeri Kedah
  • Yang Dipertua Pas Kawasan Baling
Pendidikan:
  • Sekolah Kebangsaan Syed Sheh
  • Sekolah Menangah Agama Yayasan Khairiah
  • SM PGAS, Guar Perahu
  • Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Islam
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P16 Baling
  • PRU15- P16 Baling

Kerusi Bertanding DUN: Tiada