KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Maklumat Diri
Asal
Kampung Tengku Hussien, Ipoh Perak
Tarikh lahir
16/10/1979
Pasangan
Ziayadatina Ab Rahman

Yang Berhormat Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se Malaysia di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dari 2019 hingga 2021 dan Ketua Penerangannya sejak 2021.

Khairil dilahirkan pada 16 Oktober 1979 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak. Merupakan anak ke-5 daripada 6 beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 1997-2002 dan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan dan Penyenggaraan Aset (Asset Management and Maintenance) dari universiti yang sama pada 2012-2013.

Khairil Nizam telah menyertai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak 2009. Beliau turut dilantik ke jawatan tinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia seperti Bendahari (2011–2013), Naib Ketua (2013–2017), Timbalan Ketua (2017–2019) dan Ketua Pemuda (2019–2021). Pasca pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021 beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, tahun 2018, beliau bertanding di Parlimen Gombak mewakili PAS. Beliau mendapat undian yang paling sedikit berbanding calonBarisan Nasional (UMNO). Kerusi itu dimenangi oleh penyandangnya Mohamed Azmin Ali dari Pakatan Harapan (PKR).

Beliau kini yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 bagi kerusi Parlimen P81 Jerantut  menang dengan mendapat 31,701 undian ketika menentang Hassan Basri dari Pakatan Harapan dan Mohd Zukarmi dari Barisan Nasional dengan majoriti undi sebanyak 8,092.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Jerantut
  • Bekas juruteknik professional (staf jurutera) Petronas
  • Ex-Lead Integrity Engineer, TALISMAN Malaysia Limited
  • Malaysian DOSH Offshore Self-Regulation Inspector
  • Jurutera professional
  • Ahli korporat

Jawatan dalam parti:

  • Ahli Dewan Negara (2020-2023)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (2019-2021)
  • Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (2017-2019)
  • Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (2013-2015, 2015-2017)
  • Bendahari Dewan Pemuda Pas Malaysia (2011-2013)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja, Dewan Pemuda Pas Malaysia (2009-2011)
  • Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengurus Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Darul Ansar
Pendidikan:
  • BSc Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Petronas
  • MSc Asset Maintenance dan Management di Universiti Teknologi Petronas

Pengiktirafan:

  • International Certification: API 510 (Pressure Vessel Inspection Code), API 570 (Piping Inspection Code), API 580 (Risk Based Inspection), API 653 (Tank Inspection Repair), Alteration and Reconstruction)
  • Malaysia Certification: OSR Inspector (Pressure Vessel and Crane)
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P98 Gombak
  • PRU15- P81 Jerantut

Kerusi Bertanding DUN: Tiada