Datuk Khairil Anuar Akhiruddin merupakan bekas calon Pilihan Raya Umum ke14 bagi kerusi Parlimen Larut keluar parti Bersatu pada 13 Ogos 2020.
Beliau juga adalah ahli peniagaan yang berjaya dan dikenali ramai bukan sahaja di Batu Kurau bahkan hampir seluruh Malaysia mengenali beliau dengan sikap yang peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja.
Tambahan pula, beliau juga pengasas kepada Disiniland dan Agrofarm.
Disiniland ini merupakan tempat reakreasi yang berkonsepkan suasana zoo mini dan penginapan yang lebih mesra kepada alam sekitar.
Lulusan dari IOWA State University USA ini memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains matematik dan ekonomi pada 1984 dan kemudian melanjutkan pengajian dalam Sarjana Statistik di Stephen F Austin State University, Amerika Syarikat pada tahun 1987.
Beliau juga peminat sukan permotoran telah terlibat secara aktif dalam persatuan sukan permotoran.
Merupakan juga Bekas Setiausaha Persatuan jualan Perodua, bekas Presiden Mitsubishi Evolution Club, Ahli Ducati Club Malaysia dan Bekas Ahli Ferrari Club Malaysia.
Bercerita mengenai kerjaya, beliau bermula sebagai pensyarah di UITM pada tahun 1987-1989, sebelum menyertai Advanced Micro Devices Penang pada tahun 1989-1990.
Kemudian, dengan Proton Berhad Shah Alam sebagai Pakar Perancangan & Kawalan Pengeluaran pada tahun 1990-1995.
Selepas Proton, beliau bergabung dengan Denso Berhad pada tahun 1995-2001 sebagai Pengurus Besar Jualan, Pemasaran & Pembangunan Perniagaan.
Pada tahun 2001, Khairil Anuar, memulakan perniagaannya sendiri, membekalkan alat ganti dan aksesori automotif ke pasaran Proton, Perodua dan Naza.