Bekas EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Hasnul Zulkarnain Abd Munaim merupakan ADUN Titi Serong selama sepenggal.
Namun beliau membuat keputusan untuk keluar dari Amanah dan menjadi ahli politik bebas pada Mac 2020 sebelum menyertai parti Bersatu.
Beliau berusia 41 tahun merupakan ahli perniagaan juga memiliki Syarikat Kontraktor Pembinaan dan Restoran La Parra Ipoh telah mendirikan rumah tangga dengan Nadila Mohd Sharif. Pasangan ini dikurniakan lima anak.
Hasnul Zulkarnain yang juga bekas ahli Pas, mendapat pendidikan tinggi lulusan Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak selepas menamatkan alam persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Teknik Padang Rengas.
Beliau juga pernah bersekolah di SM Clifford, Kuala Kangsar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Idris 11, Kuala Kangsar.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pada tahun 2018 ini merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Digital Perak Corporation Holdings,
Pengarah Nur Mega Realty Sdn Bhd (Kontraktor/ Vendor TNB), Pengarah Nur Mega Realty Sdn Bhd (Kontraktor/ Vendor TNB), Koordinator Projek Islamic Green Village (IGV) Masjid Buloh, Kuala Kangsar dan Penyelaras Operasi Banjir Besar Kuala Kangsar 2014.
Pada peringkat politik, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam parti, antaranya, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara selama dua tahun, Timbalan Ketua Amanah Kuala Kangsar, Pengarah Komunikasi Amanah Perak, Ketua Pemuda Pakatan Harapan Perak dan Ketua Pemuda Amanah Perak.
Pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Hasnul Zulkarnain daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 7,600 undian ketika menentang Norsalewati Mat Norwani daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 7,460 undi dengan majoriti undi sebanyak 140.