ROHAYA BAKAR

Maklumat Diri
Asal
Parit Haji Taib 1, Bagan Serai
Tarikh lahir
13/3/1960
Anak
10

Dilahirkan di Parit Haji Taib 1, Bagan Serai Perak pada 13 Mac 1960 dan juga merupakan anak jati di tempat bertanding Bagan Serai.

Hampir 33 tahun beliau berkecimpung dalam dunia politik bersama Pas.

Rohaya Bakar bukan calang-calang orangnya kerana beliau adalah daripada produk Pas sendiri. ILHAM bermaksud Institut Latihan Kepimpinan & Perkaderan Dakwah Islamiyah di bawah kelolaan Pas.

Sebelum itu, beliau telah memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan di Ma’ahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol.

Sebut sahaja Al-Ehya Asshariff, pasti ramai yang tahu tentang “tuanya” sekolah ini. Untuk pengetahuan, telah ramai graduan hebat yang lahir dari sekolah ini. Beliau antara mujahidah dan rujukan dalam semangat juangnya.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Pengkuliah bebas

Jawatan dalam parti:

  • Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Perak
  • Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan DMP negeri Perak
  • Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan (DMPK)
  • Setiausaha Dewan Muslimat Pas Kawasan (DMPK)
  • Naib Ketua DMPK
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak
  • Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan

Jawatan dalam pertubuhan bukan kerajaan:

  • Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Ar-Ridzwaniah, Teluk Medan
  • Ahli Jawatankuasa PIBG Maahad Ar-Ridzuan
  • Ahli Jawatankuasa Masjid At-Athar, Masjid Tinggi
  • Pengerusi NGO ERAT Perak
Pendidikan:
  • Sijil Tinggi Persekolahan di Ma’ahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol
  • Diploma ILHAM
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Gagasan Sejahtera
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU14

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P58 Bagan Serai

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan ROHAYA BAKAR

Video Berkaitan ROHAYA BAKAR