Jamilah Zakaria adalah calon Parti Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Trong pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.
Berpengalaman selama 15 tahun dalam politik, Jamilah Zakaria berjaya tawan DUN Trong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) meskipun pertama kali bertanding.
Beliau daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,139 undian ketika menentang Muhd Faisal Abd Rahman daripada Pas yang mendapat 3,241 undi dengan majoriti undi sebanyak 1,898.
Selain aktif berpolitik, beliau juga berpengalaman dalam bidang pendidikan serta khidmat sosial kepada masyarakat.
Anak kelahiran Gedangsa Selangor dan berasal dari Kampung Baru Ayer Tejun Trong ini merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bukit Gantang dan Pengerusi Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Bukit Gantang.
Jamilah juga pernah menyandang Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang dan AJK Warroom PRU13 dan PRU14 pada tahun 2008 hingga 2018.
Selain itu Ahli UMNO Cawangan Taman Sungai Mas selama setahun ini pernah memegang jawatan Setiausaha Puteri UMNO Bukit Gantang serta AJK Bilik Gerakan PRU12.
Sebelum aktif dalam politik, beliau bertugas sebagai seorang pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kota selama 11 tahun sebelum dilantik Penolong Pegawai Pendidikan daerah (latihan) pada tahun 2013 hingga 2018.
Mendapat pendidikan tertinggi Universiti Malaya (UM), beliau memiliki kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 1998 hingga 2002.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah ini pernah juga bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin Taiping Perak.
Jamilah telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Muzri Abdul Razak. Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Nurin Nafiesah, Nurilmi Natrah dan Mohd Hafiy Ilman.
ARTIKEL BERKAITAN:
Sidang DUN Perak kecoh isu 'kafir' libatkan kerjasama UMNO, Pas