SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL

Maklumat Diri
Asal
Bukit Gantang, Perak
Tarikh lahir
29/7/1960
Pasangan
Datin Muna Mat Ali
Anak
4 orang anak

SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL merupakan calon Parti Perikatan Nasional bertanding bagi kerusi Parlimen P59 Bukit Gantang, Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti undi 12,756

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dari Barisan Nasional (BN) sejak 2018 menggantikan Idris Ahmad dari Pas.

Setelah kerajaan BN tewas dalam Pilihan raya umum tahun 2018, beliau telah keluar dari BN serta UMNO dan menjadi ahli politik bebas.

Kemudian kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih tampuk kerajaan, beliau telah menyertai Parti Bersatu.

Syed Abu Hussin merupakan anak jati tempatan yang berasal dari Kampung Kota Barat.

Beliau merupakan bekas Ketua UMNO Bukit Gantang yang membawa pendekatan al-Quran dan Sunnah dalam transformasi kepimpinan.

Selain itu, beliau juga memegang jawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bermula 1 Mei 2020.

Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1960 di Bukit Gantang Perak dan mendirikan rumah tangga bersama Datin Muna Mat Ali.

Beliau telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada 9 Mei 2018 mengalahkan penyandang kerusi, Idris Ahmad dari Pas dan Khadri Khalid dari PKR (PPBM). Beliau telah mendapat undian sebanyak 22,450 dan mendapat majoriti sebanyak 4,089 undian.

Pencapaian
Kerjaya:
  • Ahli Parlimen Bukit Gantang (2018 - kini)
  • Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (1 Mei 2020 - kini)
Penglibatan Politik
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PPBM/BERSATU
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRU15

Kerusi Bertanding PARLIMEN:
  • PRU14- P59 Bukit Gantang
  • PRU15- P59 Bukit Gantang

Kerusi Bertanding DUN: Tiada

Artikel Berkaitan SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL

Video Berkaitan SYED ABU HUSSIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL